Saifa Legacy

Saifa Legacy

Masa kita sihat, kita reject agent takaful, biasalah..

Share This Story

Masa kita sihat, kita punya keyakinan tak terbatas. Kita berjalan dengan langkah yakin, hati penuh semangat. Rasa kuat, rasa tak terkalahkan. Tapi tiba-tiba, seperti kilat menyambar dari langit, sakit itu datang tanpa jangkaan. Kita jatuh terbaring di atas katil hospital, tubuh lemah, jiwa penuh keraguan.

Dan di saat seperti inilah, kita teringat tentang agent takaful yang dulu kita tendang. Ketika kita sihat, kita tak fikir panjang, mungkin sebab kita terlalu beriut. Kita anggap agent takaful itu cuma sekadar penjual polisi insurans yang hendak ambil untung daripada kita. Kita sangka mereka hanya mementingkan komisen, bukan kita.

Tapi sekarang, ketika kita menderita, ketika kita merasa kerisauan mengenai bil perubatan yang makin naik, kita merasa diri ini terpinggirkan. Kita teringin ada perlindungan, ada sesuatu yang boleh membantu kita. Tapi application kita, yang dulu kita tinggalkan terbiar, kini pulak kena tendang.

Kita sedar bahawa keputusan yang kita buat dulu mungkin tidak bijak. Dan mungkin kita terlalu bangga, terlalu sombong untuk memikirkan masa depan yang tak pasti. Sekarang, kita merasa diri ini sepi, terbiar, dan terluka.

Adakah anda orangnya? Tapi jika kami boleh memberi satu nasihat, ia adalah untuk kita merenung kembali keputusan kita. Mungkin agent takaful itu juga manusia, yang cuba menjalankan pekerjaan mereka. Mungkin kita perlu memberi mereka peluang, sebagaimana kita mahu diberi peluang ketika kita sedang jatuh.

Kita semua manusia, dan kehidupan ini penuh dengan pahit manis. Sama ada kita adalah pelanggan atau agent takaful, mungkin kita perlu berusaha untuk lebih memahami satu sama lain, dan bersama-sama mencari jalan keluar di dalam dunia yang serba kompleks ini. Mungkin sekarang, di saat kita terlantar, adalah masa untuk merenung dan membuat keputusan yang lebih bijak.